awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
ICRC hantar barangan bantuan pertama ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Flotila bantuan belayar dari Barcelona dalam cubaan baharu menuju ke Gaza

Bernama
Bernama
15/04/2026
16:44 MYT
Flotila bantuan belayar dari Barcelona dalam cubaan baharu menuju ke Gaza
Sebuah bot flotila kemanusiaan ketika bersiap sedia untuk berlepas ke Gaza, di Barcelona, Sepanyol. - Foto REUTERS

Lebih enam bulan selepas percubaan gagal untuk sampai ke Gaza, “Global Sumud Flotila” (GSF) sekali lagi belayar menuju ke wilayah yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Selepas tertangguh beberapa hari akibat keadaan cuaca, sebanyak 39 bot yang membawa kira-kira seribu aktivis dari seluruh dunia kini telah belayar dari bandar pesisir pantai Sepanyol, Barcelona, menurut penganjur pada Rabu.

Aktivis pro-Palestin itu berhasrat membuat satu lagi percubaan untuk menembusi sekatan laut Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan puluhan bot serta menghantar bekalan bantuan ke wilayah berkenaan.

Flotila bantuan itu diiringi sebuah kapal milik organisasi bantuan Sepanyol Open Arms serta kapal Arctic Sunrise, sebuah bekas kapal pemecah ais milik kumpulan alam sekitar Greenpeace, menurut laporan.

Pada peringkat pertama pelayaran, flotila itu dijadual merentasi Laut Mediterranean menuju ke Sicily, sebelum bertemu delegasi GSF dari Itali dan Perancis.

Global Sumud Flotila ditubuhkan tahun lalu oleh beberapa rangkaian aktivis antarabangsa. “Sumud” bermaksud ketabahan dalam bahasa Arab.

Israel sebelum ini menggagalkan beberapa percubaan aktivis untuk menembusi sekatan laut ke atas Semenanjung Gaza. Dalam percubaan terdahulu pada musim luruh 2025, GSF - yang kebanyakannya terdiri daripada bot layar persendirian dan bot bermotor - diserbu pasukan khas Israel dan dihalang daripada sampai ke wilayah konflik itu.

Para aktivis, termasuk pempengaruh iklim Sweden Greta Thunberg, telah ditahan sebelum dihantar pulang.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami tidak tahu sejauh mana kami akan sampai,” kata pengasas Open Arms Oscar Camps dalam wawancara dengan agensi berita Europa Press.

Beliau berkata tujuan tindakan itu adalah “untuk membawa semula peristiwa di Gaza ke perhatian media kerana ia telah semakin terpinggir daripada liputan”.

Lebih 700 orang telah “terbunuh sepanjang tempoh beberapa bulan gencatan senjata yang sebenarnya bukan gencatan senjata sebenar,” katanya, sambil menambah bahawa “kita mesti menghentikan genosid di sana dan memulakan pembinaan semula Gaza”.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotila
#kapal bantuan
#Gaza
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan