awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global - Penganalisis
Aidilfitri: Larangan kenderaan berat di jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac
Polis akan panggil Zamri Vinoth bantu siasatan kenyataan berbentuk ugutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forum Agenda Wanita gilap bakat dalam sektor ekonomi

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
11/03/2026
12:55 MYT
Forum Agenda Wanita gilap bakat dalam sektor ekonomi
Forum Program Inspirasi Wanita: Potensi Ke Legasi menjadi wadah penting dalam memberi inspirasi kepada wanita melalui perkongsian pengalaman nyata.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 memberi tumpuan kepada usaha memperkasa wanita dalam sektor ekonomi kreatif menerusi penganjuran Forum Agenda Wanita yang menghimpunkan tokoh profesional, pakar industri serta pemimpin wanita daripada pelbagai bidang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata forum Program Inspirasi Wanita: Potensi Ke Legasi menjadi wadah penting dalam memberi inspirasi kepada wanita melalui perkongsian pengalaman nyata.
Forum anjuran Jabatan Pembangunan Wanita tersebut memperkasa potensi diri wanita, khususnya dalam bidang kreatif seperti seni, budaya, kraf, fesyen dan kandungan digital yang kini semakin berkembang sebagai antara sektor ekonomi yang berpotensi tinggi.
Menurut Nancy, Program Inspirasi Wanita itu turut menghimpunkan individu dari bidang sumber manusia dan pembangunan bakat bagi berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai cabaran dan peluang yang boleh diterokai wanita masa kini.
“Kita ada beberapa jurucakap dari pelbagai latar belakang, ada dari sektor Sumber Kemanusiaan (HR), dari sektor kreativiti dan satu lagi dari Talentcorp.
“Jadi sebenarnya saya nampak mereka dapat sambutan hangat sekali ketika melakukan pembentangan kerana apa yang dipaparkan amat relevan untuk peserta-peserta yang hadir.
“Forum ini secara tidak langsung memberi semangat terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang hadir hari ini,” katanya pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Selasa.
Pada masa sama, Nancy berharap lebih ramai wanita di luar sana dapat menjadikan kisah perjuangan wanita yang bermula dari bawah hingga berjaya mencapai kejayaan membanggakan sebagai sumber inspirasi, tanpa mengira latar belakang.
“Kita boleh jadikan kisah-kisah mereka sebagai contoh di mana kita sememangnya boleh bermula dari rumah, tidak perlu menggunakan peruntukan yang besar.
“Selagi seseorang itu mempunyai minat tersendiri, boleh berfikir di luar kotak, tunjukkanlah bakat-bakat yang ada dalam diri.
“Ini juga boleh digunakan sebagai peluang untuk mendapatkan geran misalnya,” tambahnya.
Sambutan tahun ini mengangkat tema “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” yang menegaskan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai pemangkin utama kepada pembentukan keluarga sejahtera, masyarakat berdaya tahan dan pembangunan negara yang mampan.
Pelbagai pengisian lain diadakan sepanjang sambutan tersebut termasuk pameran interaktif serta program pembangunan kapasiti yang memberi ruang kepada wanita untuk terus meningkatkan potensi diri, memperluas jaringan serta meneroka peluang baharu dalam ekonomi kreatif.
Selain forum, beberapa anugerah turut disampaikan bagi menghargai individu dan organisasi yang aktif memperjuangkan kemajuan wanita, antaranya Anugerah Ikon Wanita 2026 yang diberikan kepada Datuk Rugayah Abdul Majid dan Datin Goh Suet Lan, manakala Anugerah Syarikat Mesra Wanita 2026 diberikan kepada Technocom System Sdn. Bhd. (Kumpulan Venture).
Turut menerima pengiktirafan ialah Pertubuhan Wanita Berdaya (Women of Will) yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah NGO Pemerkasa Komuniti Wanita 2026 sebagai menghargai usaha mereka dalam memperkasa wanita di peringkat komuniti.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada setiap 8 Mac di seluruh dunia bertujuan mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan, selain menggalakkan penglibatan semua pihak dalam usaha memperkasa wanita dan memperluas peluang pembangunan secara inklusif.
Topic Berkaitan
#hari wanita
#KPWKM
#forum
#pemberdayaan wanita
#ekonomi
#sumber manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan