awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor California tuntut bayaran balik selepas mahkamah AS batalkan tarif Trump

Bernama
Bernama
21/02/2026
05:15 MYT
Gabenor California tuntut bayaran balik selepas mahkamah AS batalkan tarif Trump
Newsom berkata keputusan itu mengesahkan apa yang telah dihujahkan oleh beliau sejak awal lagi. - Gambar fail/Reuters
Gabenor California Gavin Newsom pada Jumaat menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memulangkan semula bayaran bersama faedah kepada semua pihak yang terjejas oleh tarif beliau, selepas Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa tarif berkenaan adalah tidak sah, lapor Xinhua.
Dalam keputusan 6-3 pada Jumaat, Mahkamah Agung menyatakan bahawa dasar tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA) adalah tidak mengikut perlembagaan, sekali gus membatalkan secara rasmi tarif yang diperkenalkan oleh Trump sejak April.
Pada April, Newsom dan Peguam Negara California Rob Bonta memfailkan saman dengan berhujah bahawa IEEPA tidak memberi kuasa untuk mengenakan levi berkenaan. Bonta berkata pada ketika itu bahawa tarif tersebut dijangka menyebabkan California kerugian US$25 bilion dan melenyapkan 64,000 pekerjaan.
Newsom berkata keputusan itu mengesahkan apa yang telah dihujahkan oleh beliau sejak awal lagi. Dalam satu kenyataan, beliau menyelar Trump secara langsung: "Tiba masanya untuk membayar harganya, Donald. Tarif ini tidak lebih daripada rampasan wang secara haram yang meningkatkan harga dan membebankan keluarga pekerja, semata-mata supaya anda boleh merosakkan pakatan yang telah lama terjalin dan memeras mereka. Setiap dolar yang diambil secara tidak sah mesti dipulangkan segera - bersama faedah. Bayar balik!"
Dalam satu hantaran di X, pejabat akhbar Newsom berkata, "Sudah kami katakan! Tarif Trump adalah tidak sah sejak hari pertama - satu cukai yang tidak mengikut perlembagaan, dan kini ia sudah tamat. Bilakah Trump akan memulangkan kepada rakyat Amerika wang sebanyak US$1,700 yang dikenakan cukai secara haram ke atas mereka?"
Laporan Universiti Yale yang dipetik oleh pejabat beliau mendapati bahawa tarif berkenaan telah membebankan purata keluarga di AS sebanyak US$1,751 pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabenor California
#tarif Trump
#Gavin Newsom
#tuntutan bayaran balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan