awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis 19 tahun dakwa disamun, dipaksa lakukan seks luar tabii

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/01/2026
08:15 MYT
Gadis 19 tahun dakwa disamun, dipaksa lakukan seks luar tabii
Mohamad Lazim berkata, suspek melarikan diri dengan membawa telefon pintar milik mangsa dan teman lelakinya. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR : Seorang gadis berusia 19 tahun mendakwa disamun dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Ayer Panas, Setapak, di sini, malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 6.23 petang keesokan harinya.
Menurut beliau, dalam laporan itu, mangsa memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun berada dalam sebuah kereta.
'Mangsa mendakwa didatangi suspek yang menuduh pasangan itu melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta.
"Suspek kemudian bertindak merampas kad pengenalan mangsa dan teman lelakinya sebelum memaksa wanita itu melakukan aksi tidak senonoh bersamanya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mohamad Lazim berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dengan membawa telefon pintar milik mangsa dan teman lelakinya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun, di Kota Damansara, dekat sini pada Khamis lalu.
"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#seks
#seks di luar tabii
#Polis Diraja Malaysia
#polis wangsa maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan