awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis dakwa dirogol kenalan baru dikenali

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2026
14:51 MYT
Gadis dakwa dirogol kenalan baru dikenali
Kim Wai berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa rogol oleh kenalan lelaki yang baru dikenalinya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada ibu mangsa berhubung kes terbabit.
Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada awal Mac di sebuah rumah di Maran ketika mangsa keluar bersama suspek.
"Mangsa memaklumkan telah dirogol oleh kenalan lelakinya di dalam bilik rumah terbabit sebelum menceritakan perkara itu kepada ibunya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, susulan itu pada Jumaat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengumpul keterangan kes terbabit.
Kim Wai berkata, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Maran di talian 09-4771222 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#rogol
#siasatan lanjut
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan