awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji median tidak stagnan malah meningkat pada 2015 - Richard Riot

Israr Khalid
Israr Khalid
09/11/2016
05:56 MYT
Gaji median tidak stagnan malah meningkat pada 2015 - Richard Riot
Kata Richard, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan meneruskan kajian perintah gaji minimum setiap dua tahun sepertimana diperuntukkan Akta 732 MPGN. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem hari ini menyangkal dakwaan mengatakan gaji median pekerja di negara tidak berganjak.
Menurut beliau, menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median dan upah bulanan pekerja meningkat 6.5 peratus kepada RM1,600 pada 2015 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1,500.
Sementara purata gaji dan upah bulanan pula meningkat kepada RM2,312 daripada RM2,193 dengan kadar peningkatan 5.3 peratus.
"Tahap produktiviti juga meningkat di mana pada 2013 tahap produktiviti Malaysia adalah 70523.
"Kemudian ia naik pada 2014 kepada 73091 dan pada 2015 meningkat kepada 75538, menunjukkan peningkatan tahap produktiviti sebanyak 3.3 peratus," katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Parlimen hari ini.
Ahmad meminta kerajaan menyatakan usaha untuk melonjakkan lagi gaji pekerja kerana ada dilaporkan bahawa gaji median stagnan dan menurun jika mengambil kira kenaikan kadar inflasi.
Kata Richard, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan meneruskan kajian perintah gaji minimum setiap dua tahun sepertimana diperuntukkan Akta 732 MPGN.
Ia bagi memastikan kadar gaji minimum sentiasa dilaras mengikut ketetapan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Gaji median
#Majlis Perundingan Gaji Negara
#produktiviti Malaysia
#Richard Riot Jaem
#upah bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan