awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember

Bernama
Bernama
02/11/2024
10:48 MYT
Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember
Ahmad Jailani ketika sidang media selepas Sesi Tinjauan Mesra sempena Hari Terbuka SPA@Putrajaya 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan tarikh mula penguatkuasaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang menetapkan gaji pemulaan terendah ditingkatkan kepada RM1,500.
"Apabila pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku pembuat dasar telah menetapkannya (tarikh mula SSPA dikuat kuasa) berdasarkan kepada pekeliling, maka SPA akan kemas kini apa juga maklumat yang ada di dalam laman sesawang," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka SPA @ Putrajaya 2024 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai mengapakah kadar gaji yang dipaparkan di laman sesawang SPA masih belum dikemas kini, selaras dengan dasar terbaharu kerajaan.
Sementara itu, Ahmad Jailani berkata pihaknya setakat ini telah menerima kira-kira 1.14 juta permohonan bagi jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata angka itu merupakan satu peningkatan dan memberi indikasi orang ramai semakin berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.
"Apabila permohonan tinggi, kita memiliki pilihan yang lebih besar dalam mendapatkan calon yang memiliki tahap integriti dan kompetensi yang tinggi untuk berkhidmat dengan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSPA
#penjawat awam
#gaji permulaan terendah
#SPA
#akan dikemas kini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan