awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar 'Kelab Timbalan Perdana Menteri' cuit hati netizen

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/03/2019
10:47 MYT
Gambar 'Kelab Timbalan Perdana Menteri' cuit hati netizen
Gambar yang dimuat naik Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitternya ini mencuri perhatian. - Twitter Fahmi Fadzil
Mantan-mantan Timbalan Perdana Menteri yang dahulu dan sekarang bersatu dalam sekeping gambar yang diambil semasa penamaan calon Pilhan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pagi Sabtu.
Gambar berkenaan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disertai suami Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Gambar yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil itu mengundang perasaan yang mencuit hati netizen kerana meletakkan kapsyen berbunyi ‘Pertemuan Ahli-ahli Kelab Timbalan Perdana Menteri (Mantan dan Sedang)'.
Muat naik itu telah mendapat perhatian netizen yang turut berjenaka mengenainya,
The Timbalans !
— Murraly (@mohanamurraly) March 30, 2019
Ooo ada yer kelab2 cmni. Kelab bekas PM ada jgk kot?
— Z3R0Z (@Z3R0Z3R0Z) March 30, 2019
boleh buat satu parti gabungan ni haha
— parut12 (@parut12) March 30, 2019
Untuk rekod, jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah disandang oleh kesemua individu dalam gambar berkenaan bermula dengan Anwar (1993-1998), Muhyiddin (2009-2015), Zahid Hamidi (2015-2018).
Manakala Dr. Wan Azizah pula mengambil alih jawatan tersebut selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tahun lalu sehingga kini.
Kesemua mereka dilihat tersenyum ketika gambar berkenaan diambil dan masing-masing turun untuk memberikan sokogan kepada calon parti mereka yang bertanding dalam PRK DUN Rantau iaitu calon Barisan Nasional Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#Dewan Undangan Negeri
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Fahmi Fadzil
#mantan
#Muhyiddin Yasin
#Pilhan Raya Kecil
#Rantau
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan