awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pulih tiga atau empat hari lagi

Bernama
Bernama
04/08/2021
01:53 MYT
Gangguan bekalan air di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pulih tiga atau empat hari lagi
Masalah gangguan bekalan air sejak Isnin lepas (2 Ogos) melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat hari lagi. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Masalah gangguan bekalan air sejak Isnin lepas (2 Ogos) melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam kenyataan memaklumkan bahawa masalah gangguan bekalan air disebabkan oleh pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu itu agak rumit dan memerlukan kontraktor berpengalaman serta kepakaran tinggi untuk membaikinya.
"Jangkaan awal SATU, bekalan akan pulih secara berperingkat mulai 10 malam tadi namun SATU terpaksa mengambil masa lebih lama untuk kerja baik pulih bergantung kepada tahap kerosakan paip dan keadaan di dasar sungai.
"Bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air sehingga proses pembaikian siap, SATU telah menggerakkan sebanyak lapan buah lori tangki yang diagihkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu dan Syarikat Pengurusan Air Pahang (PAIP) kepada penduduk," menurut kenyataan itu.
Antara kawasan terlibat di Kuala Nerus ialah Bukit Jong, Maras, Gong Badak, Sungai Ikan, Bukit Berangan, Alur Jambu, Gemuroh, Batu Rakit, Tok Jembal, Ladang Sentosa, Alor Damak, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, Bukit Sudu, Pagar Besi, Padang Nenas, Mengabang Telipot, Tepoh, Lingai, Mengabang Telong, Padang Hangus, Bukit Wan, Wakaf Tengah dan Pagar Ubi.
Di Kuala Terengganu pula, kawasan yang terjejas ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Banggol Tuan Muda, Kampung Tualang, Petai Bubus, Kebor Air, Paya Datu, Teluk Menara dan Jeram.
SATU memaklumkan sebanyak 36 buah tangki statik baharu juga telah ditempatkan di sekitar kawasan terjejas mulai malam tadi sebagai tambahan kepada tangki sedia ada.
"SATU juga sedang berusaha untuk menambah 10 lagi lori tangki air dengan memohon bantuan daripada operator-operator negeri lain melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi melancarkan lagi proses agihan air.
"Pergerakan lori tangki dan kedudukan tangki statik boleh disemak melalui https://webapps.satuwater.com.my/tanker_tracker dan aplikasi MySatu. Orang ramai juga boleh menghubungi talian Careline 1-300-882-111 atau 09-6201111 untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#SATU
#Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd
#Kuala Nerus
#Kuala Terengganu
#pembaikian paip
#lori tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan