awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025

Bernama
Bernama
30/07/2024
06:45 MYT
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata penghasilan garis panduan itu berpandukan peraturan sedia ada dan perkembangan teknologi terkini.
"Proses ini telah pun bermula dan kita berhasrat garis panduan ini akan siap insya-Allah menjelang tahun hadapan sebagai rujukan kepada pihak industri.
"Berpandukan teknologi sedia ada kita akan lihat cara baharu untuk uruskan sisa ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Noorita Sual yang ingin tahu dasar terkini pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar serta langkah terkini diambil kementerian untuk mengatasi masalah berkenaan.
Beliau berkata sehingga kini Jabatan Alam Sekitar melesenkan 17 kemudahan untuk memperoleh kembali sisa solar panel dalam negara yang terdiri empat kemudahan di Selangor, Pulau Pinang (tujuh), masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Johor serta masing-masing satu di Perak dan Sarawak.
Nik Nazmi berkata kemudahan berkenaan antara lain berupaya melakukan pemerolehan kembali sisa panel solar bagi menghasilkan logam bernilai tinggi termasuk kadmium dan selenium.
Beliau berkata kementerian juga komited dalam mempromosi serta menggalakkan konsep ekonomi kitaran dilakukan melalui pelbagai inisiatif guna semula bagi menangani cabaran global seperti pencemaran alam, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim.
"Antara perkara kita nak bawa ialah prinsip apa dipanggil sebagai 'buy back' ataupun pusat pengumpulan dan perolehan kembali yang khusus dan berpusat untuk panel solar dan juga syarat 'extended product responsibilty' kerana kita tahu cabaran dalam menguruskan sisa panel solar ini.
"Maka, pihak pengeluar panel solar mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan sisa solar dengan baik. Ini juga prinsip baik yang sedang dilihat misalnya dalam pengurusan sisa plastik dan lain-lain perkara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#garis panduan
#pengurusan sisa solar panel
#Nik Nazmi
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan