awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garisan tebal yang dilihat dalam gambar bukan retak - MRT Corp

Bernama
Bernama
24/07/2015
04:20 MYT
Garisan tebal yang dilihat dalam gambar bukan retak - MRT Corp
Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.
MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata garisan tebal yang kelihatan dalam gambar yang didakwa terdapat 'keretakan' sebenarnya adalah dua helai jaring yang menutupi landasan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata jaring itu diletakkan di situ sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja-kerja masih dijalankan di landasan itu.
"Garisan tebal itu sebenarnya adalah sambungan dua helai jaring yang dijahit bersama. Ia bukan retakan pada konkrit di landasan itu seperti yang dibincangkan dalam media sosial," katanya dalam kenyataan, Khamis.
Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.
"Saya menasihatkan orang ramai tidak mempercayai dakwaan seperti yang disebarkan melalui media sosial berhubung perkara ini dan pemandu tidak harus memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat ketika melalui LDP di lokasi itu," katanya.
Gambar yang didakwa seperti keretakan pada landasan MRT itu disebarkan secara meluas di media sosial hari ini.
Topic Berkaitan
#keretakan
#LDP
#MRT Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan