awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula

Bernama
Bernama
25/10/2023
13:39 MYT
Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula
Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, Petaling Jaya, di sini, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata ia dibuka selepas bacaan indeks pencemaran berada pada tahap normal, pada 5.30 petang tadi.
"Pemantauan secara berkala akan terus dijalankan oleh kenderaan pelbagai guna polis daerah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, polis memaklumkan penutupan kawasan yang berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu, ditutup kepada orang awam ekoran bacaan indeks pencemaran melebihi 200 partical per sejuta (ppm) iaitu 240 ppm di dalam kilang dan kawasan sekitarnya kira-kira 200 ppm.
Polis menerima panggilan MERS 999 mengenai kejadian itu pada 10.17 malam tadi dan bergegas ke tempat kejadian yang turut dibantu 27 anggota bomba daripada balai berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gas amonia bocor
#Taman Perindustrian Jaya
#Ara Damansara
#kilang ais
#dibuka semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan