awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang kedua COVID-19: Sultan Kedah titah agar rakyat tenang, tidak panik

Bernama
Bernama
11/09/2020
00:15 MYT
Gelombang kedua COVID-19: Sultan Kedah titah agar rakyat tenang, tidak panik
Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar melakukan proses sanitasi di Masjid Ar-Rahman, dekat Alor Merah, di Alor Setar, yang diarah tutup sepenuhnya. --fotoBERNAMA
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar rakyat bersikap tenang serta tidak panik dengan gelombang kedua wabak COVID-19 yang melanda negeri ini.
Baginda bertitah rakyat perlu berhati-hati dan patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan.
"Rakyat tidak boleh ambil mudah terhadap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bertujuan memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat terjamin.
"Jangan pandang remeh SOP yang ditetapkan kerana keingkaran kita untuk mematuhi SOP tersebut akan mendedahkan diri kepada bahaya dan risiko dijangkiti wabak COVID-19," titah baginda dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Jangan bimbang, kita tidak akan laksanakan PKP ketika ini - Ismail Sabri
BACA: PKPD di Aman Jaya dilanjutkan sehingga Ahad ini - Ismail Sabri
BACA: PKPD pentadbiran di Kota Setar dan Penjara Tawau bermula tengah malam ini
Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah merancang dan mengambil tindakan yang berterusan sebagai persediaan menghadapi wabak itu.
Tuanku bertitah, baginda dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh kerabat Diraja negeri sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat agar kembali bebas daripada pandemik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#duduk rumah
#gelombang kedua
#Kedah
#kekal tenang
#panik
#PKP
#PKPD pentadbiran
#SOP
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan