awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas

Bernama
Bernama
28/04/2024
07:10 MYT
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Tasikmalaya merupakan kawasan yang paling terkesan dilanda gempa bumi dengan 13 keluarga terjejas, diikuti Garut dengan empat keluarga terkesan. - Gambar hiasan
JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan Tasikmalaya merupakan kawasan yang paling terkesan dilanda gempa bumi dengan 13 keluarga terjejas, diikuti Garut dengan empat keluarga terkesan.
Jurucakap Abdul Muhairi berkata pusat gempa ialah di pantai barat daya Pulau Jawa dengan kedalaman 70 kilometer (km), kira-kira 156 km barat daya Garut mengakibatkan kerosakan kepada 27 kediaman dan bangunan-bangunan lain.
"Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumedang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah mendirikan khemah di medan parkir Hospital Sumedang sebagai persediaan untuk gempa susulan," katanya dalam satu kenyataan.
Saluran berita tempatan melaporkan ramai yang panik dan mengosongkan rumah masing-masing untuk keselamatan semasa gempa bumi itu.
Agensi geografi negara, Badan Meteorologi, Klimatologi, Geofisika (BMKG) merakamkan pelbagai tahap gegaran di beberapa wilayah termasuk, Sukabumi, Bandung, Tangerang, Tangerang Selatan, Bogor, Jakarta, Kebumen, Banyumas, Cilacap, Bantul, Sleman, Kulonprogo dan Trenggalek.
Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG Dr Daryono berkata gempa bumi itu berlaku akibat pergerakan dalam plat Indo-Australia di bawah plat Eurasia, atau dikenali sebagai gempa bumi kepingan dalaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Tasikmalaya
#Garut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan