awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
Konflik Asia Barat: Zarif ditegur susulan rencana pandangan mengenai penamatan perang
Samsung tamatkan Samsung Mesej, pengguna beralih ke Google Messages
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara

Bernama
Bernama
17/07/2013
03:56 MYT
Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.41 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa terletak 100 kilometer di utara Langsa, Indonesia dan 233 kilometer di barat daya Langkawi, Kedah.
Gegaran turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. JMM sedang memantau perkembangan itu.
Di Pulau Pinang, gegaran turut dirasai di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town.
Namun jurucakap bahagian keselamatan kompleks itu berkata gegaran hanya dirasai di tingkat-tingkat atas bangunan setinggi 65 tingkat itu.
Keadaan di kompleks itu ketika itu masih lengang kerana belum dipenuhi para pekerja dan orang ramai.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri pula berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku ekoran gempa tersebut.
Topic Berkaitan
#gempa
#Langkawi
#Perak
#Sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan