awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini

Bernama
Bernama
27/08/2025
05:16 MYT
Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini
MetMalaysia serta pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan itu bagi memastikan daerah Segamat berada dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam. - Gambar hiasan
SEGAMAT: Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di daerah ini pada 8.59 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Gegaran lemah bermagnitud 3.2 berlaku di Segamat pada 8.59 pagi, turut dirasai di Johor dan selatan Pahang, namun tiada kerosakan, kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
  • JPBD dan MetMalaysia sedang memantau keadaan, orang awam diminta bertenang, elak sebar maklumat tidak sahih dan ikuti saluran rasmi untuk perkembangan terkini.
  • Gegaran ini susuli kejadian sebelumnya pada 24 Ogos, termasuk gempa bermagnitud 4.1 di Segamat dan gegaran 2.8 di Yong Peng, menunjukkan aktiviti seismik berterusan di kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran dikesan berhampiran kawasan Segamat dan turut dirasai penduduk di daerah serta beberapa kawasan lain di Johor dan selatan Pahang.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan itu bagi memastikan daerah ini berada dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam.
"Orang ramai diminta bertenang, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran rasmi seperti MetMalaysia serta agensi kerajaan berkaitan.
"Mereka juga digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dan JPBD Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan serta kesejahteraa penduduk," katanya.
MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.
Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Segamat
#MetMalaysia
#tiada kerosakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami