awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Pengarah Kanan MACA dinaikkan pangkat
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan unjuran kukuh KDNK
Dua lelaki didenda miliki kad ATM milik individu lain
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata Lubnan-Israel: MINDEF pantau rapi keselamatan MALBATT

Bernama
Bernama
17/04/2026
09:31 MYT
Gencatan senjata Lubnan-Israel: MINDEF pantau rapi keselamatan MALBATT
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan hari ini berkata keadaan keselamatan di lapangan masih tidak menentu susulan laporan beberapa insiden pelanggaran gencatan senjata di kawasan berkenaan. - Gamnbar fail
Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Markas Angkatan Bersama memantau rapat situasi keselamatan di selatan Lubnan meskipun gencatan senjata selama 10 hari antara kerajaan Lubnan dan Israel mula berkuat kuasa hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan hari ini berkata keadaan keselamatan di lapangan masih tidak menentu susulan laporan beberapa insiden pelanggaran gencatan senjata di kawasan berkenaan.
Beliau berkata setakat ini, semua anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dilaporkan selamat dan terus melaksanakan tugas selaras mandat yang diberikan.
“Sebarang pelarasan operasi akan dibuat berdasarkan arahan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) serta penilaian keadaan di lapangan.
“MALBATT kekal berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan serta memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara,” katanya.
Mohamed Khaled berkata keselamatan anggota MALBATT 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi UNIFIL sentiasa menjadi keutamaan kementerian itu.
Dalam pada itu, beliau berkata gencatan senjata tersebut dilihat sebagai suatu langkah positif selepas ketegangan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Justeru, Mohamed Khaled berkata semua pihak perlu menghormati sepenuhnya perjanjian yang telah dipersetujui demi mengelakkan ketegangan kembali memuncak.
"Kementerian Pertahanan berharap gencatan senjata ini akan dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi asas kepada penyelesaian yang berkekalan melalui rundingan serta saluran diplomasi demi keamanan serantau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata Lubnan-Israel
#Mindef
#MALBATT
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan