awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng 24: 18 suspek disambung reman tiga hari

Bernama
Bernama
24/04/2017
07:35 MYT
Geng 24: 18 suspek disambung reman tiga hari
Video itu antara lain menunjukkan sekumpulan lelaki membawa sepanduk yang tertera angka '24' dan dalam kalangan mereka ada yang berpakaian dengan lambang swastika yang berunsurkan kongsi gelap. -Gambar Twitter
Seramai 18 individu termasuk 13 pelajar disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.
Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir hari ini.
Kesemua 18 individu yang disambung reman itu berusia 16 hingga 25 tahun dan ada antara mereka bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diwakili peguam Gerard Lazarus.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dilapor berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Klang dalam operasi Cantas Khas minggu lepas sebaik sahaja rakaman video menunjukkan mereka menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular di media sosial.
Fadzil berkata video itu antara lain menunjukkan sekumpulan lelaki membawa sepanduk yang tertera angka '24' dan dalam kalangan mereka ada yang berpakaian dengan lambang swastika yang berunsurkan kongsi gelap.
Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan antara petugas media dan keluarga suspek di luar perkarangan mahkamah yang mana ada antara mereka memarahi dan cuba menghalau petugas media daripada membuat liputan kes reman itu. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Geng 24
#Klang
#kongsi gelap
#Mahkamah Majistret
#pelajar sekolah
#reman
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan