awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
06:37 MYT
Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky. - Foto Fail
KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki dalam satu kenyataan hari ini.
"SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
"Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat," kata Azam.
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Azam Baki.
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Azam Baki.
Antara pihak berkuasa yang ditahan berkait kegiatan haram itu adalah 10 pegawai polis termasuk seorang dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam operasi terhadap ‘Geng Nicky’ di serata negara.
Penahanan yang dilakukan menerusi Ops Pelican 3.0 Fasa II itu turut melibatkan seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman; empat pegawai dari Kontinjen Selangor temasuk ketua balai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Di Kontinjen Melaka, seorang ditahan dari IPD Melaka Tengah; di Kontinjen Kuala Lumpur, dua pegawai dari IPD Sentul; dan Kontinjen Negeri Sembilan, seorang pegawai bertugas di Pusat Latihan Polis Air Hitam.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Geng Nicky
#integriti
#siasatan
#Rasuah
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan