awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Geng Tony' aktif curi kabel akhirnya tumpas

Bernama
Bernama
06/05/2019
05:33 MYT
'Geng Tony' aktif curi kabel akhirnya tumpas
Pelbagai jenis kabel dirampas termasuk kabel komunikasi, potongan kabel, sebuah penimbang, satu unit pemotong besi, tiga pisau boleh laras dan sebilah gunting besi. - Gambar hiasan
Satu kumpulan dikenali sebagai 'Geng Tony' yang dipercayai aktif mencuri kabel komunikasi di kawasan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi tumpas susulan penahanan tiga anggotanya semalam (Ahad).
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata suspek yang merupakan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 24 dan 42 tahun ditahan di Kampung Sg Buntu, Sungai Rengit kira-kira 11 pagi, hasil risikan polis selama tiga bulan.
Beliau berkata pelbagai jenis kabel dirampas termasuk kabel komunikasi, potongan kabel, sebuah penimbang, satu unit pemotong besi, tiga pisau boleh laras dan sebilah gunting besi.
"Anggaran nilai rampasan adalah RM230,000 dan kita percaya kumpulan itu telah menjalankan aktiviti sejak tahun 2018," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahsmon berkata dengan tertangkapnya tiga individu itu, polis percaya telah menyelesaikan 23 kes kehilangan kabel di kawasan Pengerang.
Kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahsmon bajah
#Curi Kabel
#geng tony
#Kota Tinggi
#PDRM
#pengerang
#polis
#RAPID
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan