awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerabak monorel terkandas dipindahkan ke depoh

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2013
02:34 MYT
Gerabak monorel terkandas dipindahkan ke depoh
Operasi memindahkan gerabak monorel yang terkandas petang semalam selesai sepenuhnya pagi tadi.
Gerabak berkenaan ditunda ke Stesen Tun Sambathan dekat KL Sentral sebelum dibawa ke depoh.
Perkhidmatan yang terjejas sepanjang pagi ini pulih sepenuhnya kira-kira pukul 10 pagi.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Selasa itu, tren berkenaan terkandas kira-kira 100 meter dari Stesen Chow Kit di Jalan Raja Laut.
Ia dikatakan berpunca daripada tayar getahnya keretapi yang pancit.
Tindakan pantas pemandunya, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren berkenaan dengan selamat.
Sebuah tren penunda kemudian dikirimkan untuk membawa gerabak yang terkandas itu ke stesen berdekatan.
169 penumpang yang terkandas diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat, dan selesai lebih kurang sejam selepas kejadian.
Ini bukan kali pertama perkhidmatan monorel terjejas. Pada 17 Ogos tahun lalu, perkhidmatannya tergendala kira-kira sejam di laluan antara Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang.
Kejadian itu berlaku lima hari selepas satu insiden lain dekat Flat Siew Dor di Brickfield.
Topic Berkaitan
#monorel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan