awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat di Malaysia pagi esok

Bernama
Bernama
10/02/2017
11:59 MYT
Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat di Malaysia pagi esok
Gerhana tersebut berlaku apabila bulan memasuki bayang-bayang penumbra bumi dan akan kelihatan sedikit gelap.- Foto EPA
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian daripada fasa Gerhana Bulan Penumbra, pagi esok (11 Feb).
Gerhana tersebut berlaku apabila bulan memasuki bayang-bayang penumbra bumi dan akan kelihatan sedikit gelap.
Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataan berkata, gerhana bulan penumbra akan bermula 6.34 pagi dan berakhir pada 10.53 pagi.
"Bagaimanapun, gerhana hanya akan dapat disaksikan di Malaysia sehingga jam 7.25 pagi sahaja kerana bulan akan terbenam ketika itu," kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu menyebut gerhana tersebut mungkin akan kelihatan lebih jelas dengan bantuan peralatan seperti teleskop atau binokular selain faktor cuaca sangat mempengaruhi kenampakannya.
Agensi berkenaan bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang aktiviti pencerapan awam untuk orang ramai bersempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Agensi Angkasa Negara
#Angkasa
#Gerhana
#Gerhana Bulan Penumbra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan