awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan

Bernama
Bernama
23/03/2019
07:01 MYT
Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan
GOBIND: Mereka yang melakukan perbuatan ini harus diberkas dan dikenakan tindakan sewajarnya. - Gambar fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengutuk tindakan individu tertentu yang dilaporkan menyerang sekumpulan pelajar dan wartawan dalam satu kejadian berhampiran Universiti Malaysia (UM) pada Jumaat.
"Tidak perlu untuk semua ini. Kita mesti bersatu menentang keganasan,"
"Mereka yang melakukan perbuatan ini harus diberkas dan dikenakan tindakan sewajarnya. Apa yang berlaku terhadap pelajar berkenaan harus dikutuk sekeras-kerasnya. Mereka yang memprotes dikasari oleh penyokong Najib," katanya dalam ciapan terbaharu Twitternya.
Please stop harassing or harming journalists.They are there to report the facts. If u disagree with them you should explain your side of the facts to them or respond to articles written or even sue if you must. But please do not resort to violence or abuse. That is not acceptable
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) March 23, 2019
Gobind mengulas laporan media tempatan yang beliau kongsi dalam ciapan Twitternya dengan gambar kejadian itu dengan tajuk 'protestors roughed up by Najib supporters'.
Kejadian itu berlaku pada petang Jumaat di hadapan sebuah restoran berhampiran UM di mana Najib sedang berdialog dengan pelajar.
There was no need for this. We must all unite against violence. Those who resort to such means should be hauled up and dealt with. What happened to the students must be severely condemned. Protester roughed up by Najib supporters https://t.co/R4tc8Afqve
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) March 23, 2019
"Hentikan perbuatan mengasari atau memudaratkan wartawan.
"Mereka datang untuk melaporkan fakta. Jika awak tidak bersetuju dengan mereka awak harus menjelaskan fakta anda kepada mereka atau bertindak balas kepada artikel atau saman jika perlu.
"Tetapi jangan melakukan keganasan atau penyalahgunaan. Ini tidak dapat diterima," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#keganasan
#kekasaran
#mengutuk
#mudarat
#Najib Razak
#pelajar
#program santai
#restoran
#serang
#Twitter
#UM
#Universiti Malaysia
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan