awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GodamSahur kembali untuk 2025 – dari sahur ke solusi!

Amanz
Amanz
02/03/2025
04:20 MYT
GodamSahur kembali untuk 2025 – dari sahur ke solusi!
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar menyertai GodamSahur 2025 hari ini.
GODAMSAHUR merupakan salah satu aktiviti hackathon maya yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan.
Ia mengambil konsep di mana para pembangun meluangkan masa seketika selepas sahur sementara menantikan untuk melakukan tugasan, dengan membangunkan idea atau projek.
Usaha ini turut diadakan dalam merancakkan lagi komuniti pembangun tempatan, dan pada masa yang sama mengembangkan lagi produk-produk yang dihasilkan oleh pembangun tempatan.
Untuk tahun 2025 ini, GodamSahur kembali sekali lagi, dengan beberapa fokus utama terhadap kategori pembangunan melibatkan Kandungan, SaaS dan juga Agama / Komuniti.
Para pembangun boleh mendaftarkan diri untuk menyertainya, dan membangunkan idea dan projek berkenaan sepanjang Ramadan 2025 ini.
Dana berjumlah RM10,000 diperuntukkan, yang mana akan dibahagikan sama rata kepada projek-projek yang berjaya disiapkan pada penghujung GodamSahur 2025 ini.
Untuk tahun ini juga, para pembangun turut digalakkan untuk berkongsi perkembangan dari idea ke projek melalui laman sosial Daun, dan akan ditawarkan bonus tambahan khusus untuknya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar menyertai GodamSahur 2025 hari ini.
Anda juga boleh melihat sejumlah projek yang dipersembahkan pada tahun 2024 yang lepas di bawah GodamSahur.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#hackathon maya
#GodamSahur
#pembangun kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan