awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google perkenal AI Lyria 3 dengan kawalan vokal, tempo dan gaya muzik

Amanz
Amanz
19/02/2026
04:35 MYT
Google perkenal AI Lyria 3 dengan kawalan vokal, tempo dan gaya muzik
Model itu mampu menjana sehingga 30 saat muzik, lengkap dengan lirik automatik serta kawalan terhadap vokal, tempo dan gaya. -Foto Amanz
GOOGLE melancarkan Lyria 3, model kecerdasan generatif muzik terbaharu mereka yang kini boleh diakses dalam aplikasi Gemini menerusi fasa beta.
Model itu mampu menjana sehingga 30 saat muzik, lengkap dengan lirik automatik serta kawalan terhadap vokal, tempo dan gaya.
Lyria 3 menyokong lapan bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Hindi, Jepun, Korea dan Portugis, dan boleh menghasilkan muzik berdasarkan prompt teks, atau menerusi rujukan gambar dan video yang dimuat naik pengguna.
Muzik dijana turut disertakan imej “kulit album” yang dihasilkan menggunakan model Nano Banana.

Seperti model AI Google yang lain, setiap audio keluaran Lyria 3 ditanda dengan SynthID, tera air yang membolehkan kandungan dikenal pasti sebagai janaan AI.
Lyria 3 juga diintegrasikan dengan YouTube Dream Track dan hadir dengan had janaan lebih tinggi untuk pelanggan Google AI Plus, Pro dan Ultra. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Lyria 3
#muzik AI
#generatif muzik Google
#SynthID
#Gemini
#Nano Banana
#AI audio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan