Gout pecah rekod 200m bawah 20 saat

Gout, 18 tahun, juga mengatasi rekod dunia bawah 20 tahun yang sebelumnya dipegang oleh Erriyon Knighton, sambil memperbaiki rekod kebangsaannya sendiri iaitu 20.02 yang dicatatkan tahun lalu. - Foto Astro ARENA
PELARI pecut Australia, Gout Gout, terus mencipta sensasi apabila mencatatkan 19.67 saat (s) untuk memenangi gelaran 200 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Australia di Taman Olimpik Sydney semalam.
Dia menjadi lelaki pertama dari negaranya memecahkan kebuntuan untuk berada di bawah 20 saat.
Perlumbaan akhir yang sengit itu juga menyaksikan Aidan Murphy menduduki tempat kedua dengan 19.88s, manakala Calab Law di tempat ketiga dengan 20.21s.
Atlet berusia 18 tahun itu juga mengatasi rekod dunia bawah 20 tahun (B-20) yang sebelumnya dipegang oleh Erriyon Knighton, sambil memperbaiki rekod kebangsaannya sendiri iaitu 20.02 yang dicatatkan tahun lalu.
Rekod larian Gout menandakan kali pertama dia mencatatkan masa di bawah 20 saat dalam keadaan sah, selepas mencapai kejayaan itu tahun lalu dengan bantuan 'tailwind' apabila dia mencatatkan 19.84 saat dalam kejohanan kebangsaan.
"Ia benar-benar gila. Anda boleh katakan ia satu beban yang besar di bahu saya, mengetahui bahawa saya berlari secara sah dan saya mempunyai kelajuan dalam badan saya untuk berlari seperti itu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
