awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2024
14:13 MYT
Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar
Pihak Grab berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
KUALA LUMPUR : Grab tidak terlibat dalam surat terbuka Asia Internet Coalition (AIC) yang mencadangkan kerajaan mempertimbang pelaksanaan kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Grab dalam kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu.
Malah, cadangan yang dikemukakan itu tidak memberi impak kepada operasi Grab dan syarikat itu juga tidak terlibat.
"Kami tidak mahu mengulas mengenai perkara itu.
"Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyumbang kepada pembangunan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
AIC, Persatuan yang mewakili syarikat internet dan teknologi terkemuka menyuarakan kebimbangan mengenai langkah rancangan kerajaan mengenai pelesenan untuk platform media sosial.
Pengarah Urusannya, Jeff Paine berkata, pihaknya berusaha untuk menggalakkan dialog antara sektor awam dan swasta di seluruh rantau Asia-Pasifik mengenai isu dasar internet dan amalan terbaik, terutamanya berkaitan ekonomi digital yang semakin berkembang.
“Kami percaya rangka kerja pelesenan ini tidak boleh dilaksanakan untuk industri dan akan memberi kesan buruk kepada inovasi dengan meletakkan beban yang tidak wajar kepada perniagaan.
“Ia akan halang pelaburan berterusan dan masa depan disebabkan oleh kerumitan serta kos pematuhan,” katanya.
Topic Berkaitan
#grab
#surat terbuka
#AIC
#kawal selia
#perkhidmatan pesanan Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan