awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grace cipta rekod baru MBOR berlari atas sawat injak

Bernama
Bernama
14/10/2024
14:22 MYT
Grace cipta rekod baru MBOR berlari atas sawat injak
Grace berkata dia berjaya mengumpul RM18,786 melalui lariannya yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pelari ultra-daya tahan Grace Lim Swee Ching telah berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk larian tanpa henti paling lama di atas sawat injak oleh seorang wanita.
Pelari berusia 42 tahun itu menamatkan larian 226 kilometer (km) dalam masa 46 jam pada Sabtu lepas mengatasi rekod sebelumnya 25 jam sejauh 123.85 km dicatat oleh Melinder Kaur pada Julai 2022.
"Untuk mencapai rekod ini, saya perlu fokus sedalam-dalamnya, baik dari segi fizikal mahupun mental.
"Saya berbangga kerana telah berjaya melakukannya dan berharap ia memberi inspirasi kepada orang lain supaya menyedari bahawa kita semua mampu melakukan lebih daripada apa yang kita fikirkan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Grace berkata dia berjaya mengumpul RM18,786 melalui lariannya yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan.
"Cabaran itu sendiri telah memberi saya motivasi, tetapi yang lebih penting ialah saya dapat membantu mengumpul dana untuk tujuan amal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbor
#badan kebajikan
#tujuan amal
#mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan