awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang perkakas besi, bengkel cat musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
03/01/2016
13:29 MYT
Gudang perkakas besi, bengkel cat musnah dalam kebakaran
Tiga bangunan terdiri daripada bengkel perabot, kedai cat kereta dan kedai barangan logam musnah dalam kebakaran di Jalan Sungai Pinang, Jelutong hari ini. - Foto Bernama
Sebuah gudang perkakas besi, bengkel cat kereta dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Hashim Imam dekat sini, pada 2.30 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.49 petang dan jentera pertama tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita lihat api sedang marak di gudang tersebut dan merebak ke kedai mengecat kereta bersebelahannya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran.
Beliau berkata api marak dengan cepat berikutan cuaca panas, selain bangunan tersebut yang terletak terlalu hampir antara satu sama lain.
Yamin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata seramai 43 pegawai dan anggota bomba dengan tiga jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut.
Topic Berkaitan
#bomba
#Georgetown
#Jalan Perak
#Jelutong
#kebakaran
#Kilang Besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan