awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2023
04:18 MYT
Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM
Gambar pekerja kedai serbaneka menggunakan pengelap lantai untuk membersihkan microwave tular di media sosial. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang atau cross contamination yang menyebabkan pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek atau tempat ke tempat lainnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata, bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.
Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang.
Tindakan mengabaikan aspek kebersihan & keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit seperti kolera, tifoid, Disentri, Hepatitis A dan keracunan makanan. pic.twitter.com/qQBfUqE283
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) January 26, 2023
Menurutnya, ia akan memberi risiko pencemaran kimia dan biologikal kepada makanan tersebut.
"Mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit seperti kolera, tifoid, disentri, hepatitis A dan keracunan makanan.
"Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko," jelasnya pada Khamis.
Pada Ahad lepas, tular sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Pekerja tersebut dilihat bertindak menggunakan pengelap lantai atau ‘mop’ untuk membersihkan microwave yang diperuntukkan untuk kegunaan pelanggan.
Bagaimanapun, pihak 7-Eleven bertindak pantas dan telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf serta memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap pekerja yang melanggar protokol premis kedai serbaneka itu.
Sementara itu, KKM turut menasihati orang ramai agar segera membuat aduan melalui SisPAA sekiranya melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pencemaran silang
#Kementerian Kesihatan
#microwave
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan