awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna saluran betul jika mahu menderma - Hannah Yeoh

Hafiz Sanip
Hafiz Sanip
30/04/2019
10:46 MYT
Guna saluran betul jika mahu menderma - Hannah Yeoh
HANNAH: Kita tidak mahu sindiket ini berleluasa dan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam. - Foto Astro AWANI
Individu dan syarikat korporat yang ingin memberi sumbangan serta derma di bulan Ramadan diingatkan supaya merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut menasihatkan supaya tidak memberi wang kepada sindiket yang menggunakan kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
“Rujuk laman rasmi JKM sekiranya ingin menderma atau menganjurkan program CSR (tanggungjawab sosial korporat), kami ada senarai yang lebih sistematik dan tersusun.
"Kita tidak mahu sindiket ini berleluasa dan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam," katanya ketika melancarkan Kempen 'Mydin Prihatin' sempena bulan Ramadan nanti.
Tegas Hannah, di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, tiada kanak-kanak yang boleh digunakan untuk tujuan mengutip derma sama ada di atas jalan mahupun di kawasan luar.
Hannah Yeoh pada majlis pelancaran kempen 'Mydin Prihatin'. - Foto Astro AWANI
Hannah Yeoh pada majlis pelancaran kempen 'Mydin Prihatin'. - Foto Astro AWANI
Justeru, beliau menyarankan orang ramai yang ingin memberi sumbangan, supaya menyalurkan wang mereka melalui kempen yang tersusun dan yang mempunyai kerjasama dengan kementerian.
"Jadi, kita tahu duit sumbangan itu disalurkan ke mana. Hal ini dapat mengelakkan sindiket yang menggunakan kanak-kanak, warga emas dan OKU untuk meminta sedekah," katanya lagi.
Dalam pada itu, Mydin menerusi kempen 'Mydin Prihatin', bekerjasama dengan 11 jenama dan Shopee untuk menjalankan inisiatif CSR ini.
Inisiatif tersebut adalah bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan anak yatim dan golongan asnaf.
Setiap pelanggan Mydin yang membeli belah atas talian menerusi platform ini, akan turut menyumbang sejumlah nilai kepada tabung 'Mydin Prihatin' ini.
Mydin mensasarkan nilai sumbangan berjumlah RM200,000 sepanjang kempen ini berlangsung.
Topic Berkaitan
#derma di bulan Ramadan
#Hannah Yeoh
#MYDIN Prihatin
#program CSR
#Shopee
#sindiket derma
#sindiket guna kanak-kanak
#tanggungjawab sosial korporat
#Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan