awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
29/05/2019
13:30 MYT
Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim
Daim berkata, dalam merealisasikan pertanian sebagai industri strategik, segala sumber semulajadi perlu dipilihkan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Teknologi moden perlu diaplikasikan dalam memastikan sektor pertanian negara terus maju dan mampu bersaing dengan negara lain.
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, penggunaan teknologi yang serba moden dan terancang mampu meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh sesebuah negara.
“Banyak kali saya katakan, kita mesti kembali kepada pertanian moden. Sebagai contoh, negara yang menggunakan teknologi moden dalam pertanian ialah Belanda, dan negara itu telah berjaya menjadi pengeksport makanan terbesar dunia.
“Malah, dengan penggunaan teknologi juga kita mampu mengurangkan tenaga pekerja asing yang sekali gus turut mengurangkan kos sesebuah perusahaan pertanian itu. Kita boleh meningkatkan kualiti tanaman dan produktiviti pertanian,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Astro AWANI.
Beliau juga berkata, MARDI telah menjalankan banyak kajian, namun ia masih belum dikomersialkan.
“Saya sudah berjalan satu Malaysia, kalau nanas, kita memang nombor satu. Pisang dan buah tin juga kita boleh usahakan.
"Kita memang boleh lakukannya cuma kita perlu galakkan lagi untuk para petani meneroka dan meluaskan perusahaan mereka," katanya.
BACA: Ringgit jatuh antaranya disebabkan menteri tidak bijak berkomunikasi - Daim
Namun, tambah Daim lagi, dalam merealisasikan pertanian sebagai industri strategik, segala sumber semulajadi perlu dipilihkan.
“Ia adalah perkara yang penting. Sekarang ini di Kedah dan Selangor, kita kekurangan sumber air dan kalau musim kemarau, kita akan menghadapi kesukaran.
"Kita nak minum pun tak cukup air, jadi kita kena jaga sumber-sumber ini. Air adalah sumber yang paling mustahak dan kita perlu rancang sebaik mungkin," katanya.
Perspektif Tun Daim di Astro AWANI
Perspektif Tun Daim di Astro AWANI
Rancangan Perspektif Tun Daim ini akan disiarkan malam ini (Rabu malam) di Astro AWANI pukul 9 malam.
Topic Berkaitan
#air
#Belanda
#hasil tanaman
#kerajaan
#pekerja asing
#pertanian
#pertanian moden
#teknologi
#Tun Daim Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan