awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
UCL: Gol Luis Diaz, Harry Kane pacu Bayern Munich tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:34 MYT
Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi
Gunung Semeru yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, meletus sekali lagi pada Selasa, memuntahkan awan panas besar ke udara. - Gambar Sinar Harian

Gunung Semeru yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, meletus sekali lagi pada Selasa, memuntahkan awan panas besar ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.

Gunung berapi itu kekal pada tahap amaran Tahap 3, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu.
Letusan pada 5.30 petang waktu tempatan menghasilkan abu setinggi kira-kira 2,000 meter di atas kawah, dengan kepulan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah timur laut dan timur. Seismograf merekodkan kejadian itu berlangsung lebih tujuh minit.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan segera dilaporkan, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa pengumpulan material gunung berapi di cerun boleh mencetuskan aliran puing atau lahar sekiranya hujan lebat berlaku.
Kejadian ini menyusuli aktiviti pada Isnin yang menyaksikan beberapa letusan berasingan direkodkan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Gunung Semeru
#letusan gunung berapi
#Seismograf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan