awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Semeru meletus, awan panas merebak 3.5 km

Bernama
Bernama
05/04/2026
04:26 MYT
Gunung Semeru meletus, awan panas merebak 3.5 km
Letusan lanjut berlaku pada 7.02 pagi, memancutkan abu gunung berapi hingga 600 m di atas puncak. -Gambar fail
Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di pulau Jawa Indonesia, meletus beberapa kali pada pagi Ahad, menyebabkan awan abu menjulang hingga 1,000 meter (m) di atas puncaknya dan melepaskan awan panas, aliran gas panas lampau, abu dan batu yang bergerak sejauh 3.5 kilometer (km).
Pegawai Pos Pemerhati Yadi Yuliandi berkata gunung berapi yang terletak di sepanjang sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di provinsi Jawa Timur itu, pada mulanya meletus pada 2.02 pagi waktu tempatan, menghasilkan tiang abu yang menjulang kira-kira 1,000 m di atas puncak atau 4,676 m di atas paras laut, dengan kepulan itu kelihatan kelabu dan padat ke arah barat.
“Letusan itu direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 22 milimeter (mm) dan tempoh kira-kira 3 minit dan 29 saat,” katanya, lapor Agensi Berita ANTARA.
Yadi berkata gunung berapi itu meletus semula pada 6.55 pagi, menghasilkan tiang abu kira-kira 800 m di atas puncak dan direkodkan dengan keamatan seismik yang sama selama 134 saat.
Beliau berkata letusan lanjut berlaku pada 7.02 pagi, memancutkan abu gunung berapi hingga 600 m di atas puncak.
Letusan berikutnya direkodkan pada 7.53 pagi, dengan tiang abu mencecah 800 m, manakala satu lagi letusan pada 8.50 pagi tidak dapat dilihat secara visual kerana kabus tebal menutupi gunung itu, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semeru
#gunung berapi
#letusan
#awan panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan