awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru bersikap profesional, tetap sokong kerajaan - Mahdzir

Bernama
Bernama
30/07/2017
01:09 MYT
Guru bersikap profesional, tetap sokong kerajaan - Mahdzir
MAHDZIR: Mereka menghormati diri mereka sebagai pendidik. -Gambar fail
Guru-guru di negara ini bersikap profesional dan masih menyokong kerajaan walaupun permohonan pertukaran mereka ke sekolah baharu ditolak oleh Kementerian Pendidikan, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Mereka (guru) masih menghormati dan menyokong kerajaan sebagai kakitangan kerajaan, dakwaan mereka tidak menyokong kerajaan disebabkan perkara itu (pertukaran ditolak) adalah tidak benar.
"Mereka menghormati diri mereka sebagai pendidik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO Jeli, Bukit Nangka di sini Sabtu.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamedyang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli.
Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata masalah kegagalan permohonan pertukaran bukan alasan sesetengah guru menyokong pembangkang.
"Jika ada daripada mereka yang menyokong pihak pembangkang, ia datang daripada sikap peribadi mereka sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#Mahdzir Khalid
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan