awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dibebas, dilepaskan daripada tuduhan rogol kanak-kanak perempuan

Bernama
Bernama
20/11/2014
08:35 MYT
Guru dibebas, dilepaskan daripada tuduhan rogol kanak-kanak perempuan
Mahkamah mengambil kira keterangan saksi ketiga iaitu pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.
Seorang guru dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu terhadap Mohd Faddil Abdul Rahman, 39, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Anita berkata mahkamah mengambil kira keterangan saksi ketiga iaitu pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.
Mohd Faddil dilihat melakukan sujud syukur selepas hakim membuat keputusan. Dia sebelum ini didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun, di sebuah rumah di Seremban 3 di sini, pada 14 dan 15 Sept tahun lalu.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#mati pucuk
#Mohd Faddil Abdul Rahman
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan