awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Keldai dadah' di KLIA rambang mata ditaja penginapan, tiket penerbangan
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM60 juta untuk program basmi kemiskinan di Terengganu
Misi GSF 2.0: Kerajaan aktifkan kerjasama G2G untuk kelancaran flotila - Amirudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru direman bantu siasatan pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
13/04/2026
03:41 MYT
Guru direman bantu siasatan pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh
Tertuduh ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira 8.40 pagi dengan menaiki trak polis. - Foto BERNAMA
Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.
Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.
Insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#pelajar maut
#reman
#rempuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan