awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/12/2021
00:18 MYT
Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok
Keadaan kereta yang dipandu Nurul Salikin selepas terlibat dalam nahas Jalan Kampung Telaga Papan. - Foto ihsan PDRM
SETIU: Hsrat seorang guru bersama adik beradiknya untuk meraikan pasangan pengantin baharu berakhir tragedi selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar.
Kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Telaga Papan, Setiu kira-kira jam 6 petang Isnin itu menyebabkan mangsa, Nurul Salikin Abdul Aziz, 25, maut.
Insiden itu juga menyebabkan dua adiknya, Siti Nur Ummi Nabihah, 19, dan Nur Qaseh Balqis, 10, dalam keadaan kritikal.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Honda City bersama dua adiknya, dalam perjalanan dari rumah mereka di Chalok Kedai menghala ke Pantai Penarik Rhu 10, bagi mengiringi kakaknya mengambil foto perkahwinan.
Bagaimanapun sejurus tiba dilokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki tiga beradik itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Affandi Hussin berkata kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum api merebak.
Jelasnya ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan kecemasan bagaimanapun mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan yang bertugas, manakala dua orang lagi penumpang mengalami kecederaan parah.
Katanya kes disiasati mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika memandu pada musim hujan dan tidak memandu dalam keadaan mengantuk serta terlalu laju di jalan lurus.
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#maut
#pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan