awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sekolah agama direman cabul pelajar

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2017
15:36 MYT
Guru sekolah agama direman cabul pelajar
Suspek direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 354/377D Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Baru Bangi, direman empat hari kerana disyaki mencabul enam pelajar sekolah berkenaan sejak 2014.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata pihaknya menerima enam laporan berhubung kes itu pada Khamis lepas.
“Menurut keterangan mangsa, mereka dicabul suspek berumur 29 tahun itu ketika berada di sekolah seliaan kerajaan Selangor itu sejak 2014.
“Mangsa yang dicabul berumur di antara 11 dan 12 tahun merahsiakan perkara itu kerana malu dan bimbang dimarahi suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat penjaga mangsa kerana mendakwa tiada tindakan diambil walaupun perkara itu dilaporkan kepada pihak pengurusan sekolah sejak seminggu lepas.
Suspek direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 354/377D Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cabul
#direman
#guru
#lelaki
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan