awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sekolah Sarawak dikatakan cabul 12 murid lain

Bernama
Bernama
26/04/2018
02:27 MYT
Guru sekolah Sarawak dikatakan cabul 12 murid lain
Menurut keterangan mangsa, guru tersebut turut merakam gambar bahagian badan mangsa menggunakan kamera telefon bimbitnya. - Gambar hiasan
Seorang guru yang ditangkap pada Selasa lepas kerana mencabul kehormatan seorang murid perempuan dipercayai turut melakukan perbuatan terkutuk itu pada 12 murid lain di sekolah sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata antara 5.40 petang hingga 8.15 malam semalam, seramai 12 ibu bapa telah datang ke Balai Polis Niah untuk membuat laporan polis terhadap suspek yang didakwa mencabul kehormatan anak-anak mereka.
"Setakat ini, 13 mangsa kanak-kanak telah tampil, mereka adalah murid Tahun Dua hingga Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Niah Miri, berusia antara lapan dan 11 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika mereka berada dalam Tahun Satu dan Tahun Dua serta suspek dikatakan turut merakam gambar bahagian badan mangsa menggunakan kamera telefon bimbitnya.
"Telefon bimbit suspek telah dirampas untuk analisa forensik dan dia direman tujuh hari hingga 1 Mei ini sejak ditangkap 24 April lepas," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Batu Niah
#cabul
#Dev Kumar
#guru sekolah
#Miri
#Polis Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan