awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru terlibat kes pukul pelajar dihenti perkhidmatan - Kamalanathan

Bernama
Bernama
09/04/2016
00:45 MYT
Guru terlibat kes pukul pelajar dihenti perkhidmatan - Kamalanathan
KAMALANATHAN: Saya telah mengatakan perkara ini beberapa kali, mendisiplinkan anak satu perkara, dan mencederakan anak satu perkara, ini mencederakan anak. - Gambar fail
Guru sambilan yang didakwa terlibat dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga patah tulang tangan, telah dihentikan perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan siasatan daripada pihak polis memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung kes terbabit.
"Guru itu telah dihentikan perkhidmatan serta merta, guru itu guru sambilan, memandangkan satu laporan polis telah dibuat, kita akan menunggu (hasil siasatan) laporan polis.
"Saya kecewa juga. Saya telah mengatakan perkara ini beberapa kali, mendisiplinkan anak satu perkara, dan mencederakan anak satu perkara, ini mencederakan anak, walau apa pun sebabnya, walau apa pun keadaannya, seorang guru harus dapat mengawal emosinya dan itu bukan cara untuk melaksanakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Young Academician Leadership (Yale) di Universiti Aimst, Semeling, di sini, malam tadi.
Kamalanathan berkata, beliau sudah berulang kali mengingatkan agar jika golongan pendidik mempunyai masalah dalam mendidik anak muridnya, individu pertama yang perlu dirujuk ialah ibu bapa pelajar terbabit.
"Setiap kali saya katakan, apa-apa masalah dengan anak-anak yang kita didik, perkara pertama, rujuk ibu bapa, maklum kepada ibu bapa sekiranya anak nakal, ada banyak kaedah tetapi itu (pukul) bukan kaedah dan itu tidak harus berlaku sama sekali," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan memperketatkan lagi peraturan berkaitan pengambilan guru sambilan, Kamalanathan berkata, peraturan sedia ada sudah mencukupi.
"Tetapi bila kita menyalahgunakan peraturan yang ada, maka sebab itulah wujudnya masalah. Kita ada ramai guru sambilan, bukan semua berlaku sedemikian. Kita ada 430,000 guru (termasuk guru sambilan) yang mengajar, bukan semua yang lakukan perkara yang tidak dikehendaki ini," katanya.
Sementara itu, seramai seramai 196 pelajar daripada 35 institut pengajian tinggi awam dan swasta, mengambil bahagian dalam Konvensyen Yale yang bermula hari ini dan dijadual berakhir pada Ahad depan.
Beliau berkata, program anjuran bersama Pergerakan Putra MIC, Kementerian Pendidikan dan Universiti Aimst itu memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya pemimpin-pemimpin pelajar, mengenai aspek pembangunan pendidikan serta hala tuju, pencapaian serta perancangan kaum India di Malaysia pada masa hadapan serta peranan mereka membantu mencapai wawasan itu.
Topic Berkaitan
#Baling
#buli
#p kamalanathan
#pukul
#Timbalan Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan