awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang masih menerima rawatan di IJN

Bernama
Bernama
02/10/2016
08:38 MYT
Hadi Awang masih menerima rawatan di IJN
Abdul Hadi dikatakan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan. - Gambar fail
Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam dilaporkan semakin baik.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Abdul Hadi perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar.
"Tuan Guru semakin baik dan sedang mendapat rehat secukupnya di IJN," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Anggota Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd Daud berkata Abdul Hadi dimasukkan ke IJN berikutan rawatan susulan biasa yang dijadualkan sebelum ini tertangguh disebabkan jadual tugasnya yang padat.
"Beliau sedang berehat di IJN dan mendapatkan rawatan rutin di sana (IJN) kerana dua kali temu janji tertunda...dalam masa yang sama beliau keletihan akibat jadual program yang padat," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Abdul Hadi dikatakan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.
Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#IJN
#kesihatan
#Marang
#Masjid Rusila
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan