awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi enggan mengulas isu Nasharudin

Bernama
Bernama
04/02/2013
10:45 MYT
Hadi enggan mengulas isu Nasharudin
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS. Beliau berkata perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh majlis berkenaan. "Saya tidak perlu ditanya (mengenai pemecatan Nasharudin), orang perlu tanya Majlis Syura Ulama PAS. Itu hal (urusan) majlis tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini. Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk tokoh PAS mahu parti itu mengkaji semula keputusan memecat Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS sebagai anggota Majlis Syura Ulama. Selain kajian semula keputusan pemecatan itu, mereka turut mahu PAS memberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat. Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama berkuatkuasa 13 Jan lepas. Pemecatan Nasharudin dibuat atas alasan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Abdul Hadi Awang
#Nasharudin Mat Isa
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan