awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haiwan di racun Zoo Melaka, 2 suspek dikenal pasti - Polis

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
15:10 MYT
Haiwan di racun Zoo Melaka, 2 suspek dikenal pasti - Polis
Polis mengenal pasti dua suspek yang terlibat dalam kes kematian kuda dan beruang matahari akibat diracun di Zoo Melaka.
Kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu dipercayai kakitangan zoo berkenaan yang mungkin berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan pengurusan baru.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan R Gunarajan berkata, siasatan bagaimanapun masih dijalankan dengan kerjasama pihak zoo.
Polis turut mengambil rakaman kamera litar tertutup kawasan berhampiran selain keterangan daripada pekerja zoo.
Mereka mendakwa melihat individu mencurigakan melarikan diri dari tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat kepada binatang yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Seekor kuda dan beruang ditemui mati masing-masing pada Isnin dan Ahad, dipercayai akibat diberi buah-buahan dicemari racun.
Topic Berkaitan
#haiwan
#mati
#racun
#Zoo Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan