awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim AS sekat sementara tindakan pentadbiran Trump senarai hitam Anthropic

Bernama
Bernama
27/03/2026
03:26 MYT
Hakim AS sekat sementara tindakan pentadbiran Trump senarai hitam Anthropic
Hakim Rita Lin dari Mahkamah Daerah bagi Daerah Utara California berkata beliau juga menyekat arahan Presiden AS Donald Trump yang mengarahkan semua agensi persekutuan untuk berhenti menggunakan teknologi Anthropic. -Foto fail

Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyekat sementara tindakan Pentagon daripada melabel syarikat kecerdasan buatan (AI) Anthropic sebagai "risiko rantaian bekalan," dengan mengeluarkan injunksi awal yang menangguhkan langkah berkenaan, lapor Xinhua.

Hakim Rita Lin dari Mahkamah Daerah bagi Daerah Utara California berkata beliau juga menyekat arahan Presiden AS Donald Trump yang mengarahkan semua agensi persekutuan untuk berhenti menggunakan teknologi Anthropic.

Tindakan itu menangguhkan larangan kerajaan sehingga mahkamah memutuskan merit kes berkenaan, namun ia tidak akan berkuat kuasa selama tujuh hari bagi memberi masa kepada pentadbiran untuk mengemukakan rayuan.

Anthropic menyaman pentadbiran Trump awal bulan ini selepas Pentagon melabel syarikat itu sebagai "risiko rantaian bekalan kepada keselamatan negara" kerana ia enggan memberikan kerajaan akses tanpa had kepada model AI miliknya tanpa perlindungan terhadap penggunaan dalam senjata autonomi atau pengawasan besar-besaran.

"Menghukum Anthropic kerana mendedahkan kedudukan kontrak kerajaan kepada penelitian awam adalah satu tindakan balas haram yang klasik terhadap Pindaan Pertama," tulis Lin dalam penghakiman itu.

"Tiada apa-apa dalam statut yang berkuat kuasa menyokong tanggapan ala-Orwellian bahawa sesebuah syarikat Amerika boleh dicap sebagai calon musuh dan penyabotaj AS hanya kerana menyatakan percanggahan pendapat dengan kerajaan," tambah beliau.

Memuji keputusan hakim itu, Anthropic berkata ia "berterima kasih kepada mahkamah kerana bertindak pantas, dan gembira mereka bersetuju bahawa Anthropic berkemungkinan akan berjaya berdasarkan merit."

"Walaupun kes ini perlu bagi melindungi Anthropic, pelanggan kami, dan rakan kongsi kami, tumpuan kami tetap untuk bekerjasama secara produktif dengan kerajaan bagi memastikan semua rakyat Amerika mendapat manfaat daripada AI yang selamat dan boleh dipercayai," kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan.

Anthropic mempunyai satu lagi tuntutan mahkamah yang belum selesai di Washington, D.C., berhubung penetapan risiko rantaian bekalan Pentagon yang berasingan yang boleh menyekatnya daripada kontrak kerajaan awam.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#teknologi
#AI
#Anthropic
#Donald Trump
#pengawasan besar-besaran
#senjata autonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan