awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamidin kekal setiausaha agung FAM - Presiden

Bernama
Bernama
25/03/2017
13:01 MYT
Hamidin kekal setiausaha agung FAM - Presiden
Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan. -Gambar fail
Persoalan siapa bakal diangkat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan Datuk Hamidin Mohd Amin.
"Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung.
"...dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin)," kata Tunku Mahkota Johor itu sambil memandang ke arah Hamidin pada sidang media Kongres FAM hari ini.
Tunku Ismail berkata demikian apabila ditanya siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada kongres berkenaan.
Sementara itu, Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan.
"Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#TMJ
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan