awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: 'Biar Trump hantar kapal ke Teluk kalau berani' - IRGC
Pentadbiran Trump dijangka umum pakatan iring kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Tehran sedia hadapi perang berpanjangan, Israel luaskan serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 60 pelajar perempuan maut serangan udara Israel sasar sekolah di Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
28/02/2026
13:40 MYT
Hampir 60 pelajar perempuan maut serangan udara Israel sasar sekolah di Iran
Sekolah Shajareye Tayabeh yang menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, mengorbankan hampir 60 pelajar perempuan setakat ini. - Gambar media sosial
Sekurang-kurangnya 57 pelajar perempuan dilaporkan terkorban manakala 60 lagi cedera selepas satu serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di Minab, wilayah Hormozgan, selatan Iran.
Gabenor Minab, Mohammad Radmehr berkata Sekolah Shajareye Tayabeh menjadi sasaran langsung serangan tersebut.
“Sekolah Shajareye Tayabeh telah diserang secara langsung dan sejumlah pelajar telah syahid,” katanya.
Beliau turut memaklumkan terdapat 53 pelajar dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan ketika operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
Menurut Radmehr, ketika ini operasi menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian dan situasi di bandar itu kini terkawal.
Pada Sabtu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan beberapa siri serangan terhadap Iran yang disifatkan Tehran sebagai pencerobohan terang-terangan terhadap kedaulatan Republik Islam itu.
Sebagai tindak balas, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan serangan balas besar-besaran menggunakan peluru berpandu balistik dan dron, menyasarkan wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan tentera Amerika di rantau berkenaan.
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#konflik Asia Barat
#bandar Minab
#wilayah Hormozgan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan