awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan - Trump

Bernama
Bernama
21/03/2026
10:44 MYT
AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan - Trump
Trump menyenaraikan lima matlamat yang menurutnya hampir dicapai menerusi platform media sosialnya Truth Social. - Gambar fail/Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata Washington hampir mencapai objektif ketenteraan di Iran dan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan operasi di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Trump menyenaraikan lima matlamat yang menurutnya hampir dicapai menerusi platform media sosialnya Truth Social, termasuk melemahkan keupayaan peluru berpandu Iran, memusnahkan pangkalan industri pertahanannya serta menghapuskan tentera laut dan udara negara itu.
Selain itu, objektif berkenaan turut merangkumi usaha menghalang Iran daripada menghampiri keupayaan nuklear serta melindungi sekutu AS di rantau itu termasuk Israel, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kuwait.
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt menerusi platform X berkata pentadbiran Trump sejak awal menjangkakan operasi itu akan berlangsung selama empat hingga enam minggu dan memaklumkan bahawa ia kini memasuki minggu ketiga, sekali gus memberi bayangan kempen ketenteraan itu mungkin berakhir dalam tempoh seminggu lagi. Pasukan tentera AS melakukan “tugas luar biasa”.
Leavitt mendakwa Iran semakin “dilumpuhkan hari demi hari,” dan Trump kekal memberi tumpuan kepada “kemenangan sepenuhnya dan menyeluruh.”
Bagaimanapun, di sebalik pernyataan awam itu, Anadolu melaporkan seorang pegawai AS memberitahu Axios bahawa hantaran Trump itu tidak menandakan penamatan segera perang.
“Beliau hanya berkata kita semakin hampir,” kata pegawai itu sambil membayangkan serangan akan diteruskan untuk “beberapa minggu lagi.”
Trump berkata Selat Hormuz perlu “dikawal dan dipantau keselamatannya” oleh negara yang bergantung kepada laluan itu bagi bekalan minyak, bukannya AS.
Beliau berkata Washington akan membantu jika diminta, namun menyatakan ia tidak diperlukan “sebaik sahaja ancaman Iran dihapuskan,” sekali gus memberi gambaran bahawa operasi ketenteraan itu mudah dilaksanakan oleh negara lain.
AS terus meningkatkan kehadiran tenteranya di rantau itu dengan menghantar kapal tambahan dan anggota Marin ke Asia Barat, langkah yang tidak menunjukkan kempen ketenteraan itu akan berakhir.
Serangan AS-Israel ke atas Iran bermula pada 28 Feb dan dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk ketika itu Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Iran
#objektif
#Selat Hormuz
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan