awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir seluruh negara dijangka dilanda ribut petir - MetMalaysia

Bernama
Bernama
16/10/2025
10:54 MYT
Hampir seluruh negara dijangka dilanda ribut petir - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4.30 petang tadi memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta seluruh Terengganu.
Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Pontian).
Sementara itu, di Sarawak, amaran dikeluarkan untuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#angin kencang
#MetMalaysia
#ribut petir seluruh negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan