awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh artikel berita tentang Muslim di UK berat sebelah - Laporan

Bernama
Bernama
09/03/2026
10:07 MYT
Hampir separuh artikel berita tentang Muslim di UK berat sebelah - Laporan
Kajian oleh Centre for Media Monitoring (CfMM) mendapati kecenderungan anti-Muslim yang meluas di seluruh saluran media UK pada 2025. - Gambar fail

Kajian baru-baru ini menunjukkan separuh daripada artikel berita mengenai Muslim di United Kingdom (UK) mengandungi unsur berat sebelah, lapor Anadolu Ajansi.

Kajian oleh Centre for Media Monitoring (CfMM) mendapati kecenderungan anti-Muslim yang meluas di seluruh saluran media UK pada 2025, dengan hampir 50 peratus daripada semua artikel mengandungi unsur berat sebelah.

Laporan itu mendapati bahawa sekitar 20,000 daripada 40,913 artikel yang diterbitkan di 30 saluran berita utama adalah berat sebelah.

Ia turut mendedahkan bahawa 70 peratus daripada artikel itu mengaitkan Muslim atau Islam dengan tingkah laku atau isu negatif.

Laporan itu mengenal pasti saluran sayap kanan sebagai sumber utama berat sebelah anti-Muslim, dengan The Spectator mempunyai bilangan tertinggi artikel yang "sangat berat sebelah".

Saluran lain dengan liputan paling serong terhadap umat Islam termasuk GB News, The Telegraph, Jewish Chronicle, Daily Express, The Sun, Daily Mail dan The Times.

Sementara itu, BBC merekodkan kadar berat sebelah terendah berbanding semua saluran media yang dikaji.

“Sebagai kajian terbesar seumpamanya yang pernah dijalankan di UK, laporan ini membentangkan secara mendalam mengenai bukti berat sebelah yang berstruktur mengenai cara orang Islam digambarkan dalam akhbar UK," kata Rizwana Hamid, pengarah CfMM.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#laporan
#United Kingdom
#berat sebelah
#Muslim
#Islam
#Kajian
#CfMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan